Thursday, April 12, 2012

EIonizer™


Apakah Air EIonizer™?



Air EIonizer™ ialah air yang dihasilkan oleh mesin air EIonizer™ melalui teknologi pemprosesan air yang terunggul. Mesin air ini buka sahaja menapis air paip, tetapi ia juga menghasilkan air beralkali dan berasid terionisasi melalui proses elektrolisis. Air ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk minuman, masakan, kecantikan, dan juga basuhan makanan atau pakaian.




Masalah Dengan Air Yang Biasa Digunakan

Air Paip

Air paip adalah pilihan minuman yang lebih menyihatkan berbanding dengan minuman ringan. Tetapi merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar, terdapat lebih kurang 300 bahan pencemar yang terdapat dalam air paip dan hamper separuh daripada bahan pencemar ini tidak dapat disingkirkan dalam air paip dan ianya terdapat dalam air paip yang kita gunakan untuk minum setiap hari!

Pada tahap pencemaran ini, ramai orang mempertikaikan kualiti air paip dan bimbang adakah ianya selamat untuk diminum. Berdasarkan kepada fakta inilah permintaan terhadap air sihat yang dihasilkan oleh mesin air EIonizer™ semakin meningkat.


Air Botol

Air botol tidak semestinya lebih selamat daripada air paip dan ianya juga memakan kos yang tinggi! Walaupun ianya dikategorikan sebagai air selamat, air botol tidak semestinya terjamin lebih selamat daripada air paip. Bezanya ialah air botol biasanya ditambah mineral yang tidak terbukti memberi kebaikan dari segi kesihatan.

Satu kajian selama empat tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa satu per tiga daripada air botol yang diuji mengandungi tahap pencemaran yang melebihi tahap yang dibenarkan. Air botol juga sedikit berasid yang mana boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH dalam badan. Akhirnya, alam sekitar juga tercemar disebabkan penghasilan bahan buangan daripada botol – botol plastik yang boleh membahayakan alam sekitar.


Air “Reverse Osmosis”

“Reverse Osmosis” adalah satu proses penapisan yang mungkin berkesan di kawasan yang tidak menerima air yang dirawat majlis perbandaran dan biasanya digunakan dalam kemudahan air botol. Masalah dengan proses ini adalah bahawa bahan kimia berbahaya seperti racun perosak, racun herba, dan klorin adalah molekul yang lebih kecil daripada air dan boleh bebas melalui penapis. “Reverse Osmosis” membuang mineral semulajadi yang menyihatkan di dalam air. Mineral ini bukan sahaja memberi rasa yang enak bahkan juga mempunyai suatu fungsi penting dalam sistem badan. Apabila mineral ini tiada, air boleh menjadi tidak sihat. Selain itu, dua hingga tiga gelen air dibazirkan untuk setiap gelen air tulen yang dihasilkan.


Kelebihan Air EIonizer™



Penghidratan dan Kadar Penyerapan Air

Air alkali terionisasi adalah sumber penghidratan sihat yang terbaik bukan hanya kerana rasanya yang menakjubkan dalam mulut malah ianya juga sedia untuk diserap ke dalam badan. Ini meningkatkan kadar penyerapan air dengan mengurangkan rasa kembung setelah minum air sebanyak lapan gelas sehari seperti disarankan.


Kelompok Air halus

Kajian awal yang telah dijalankan membuktikan satu fenomena yang dikenal pasti sebagai “pemecahan kelompok halus” yang merujuk kepada molekul air paip yang besar dipecahkan menjadi kelompok halus air alkali. Fenomena ini membolehkan sel – sel dalam tubuh badan kita menyerap air tersebut dengan lebih mudah dan cepat.


Membuang Radikal Bebas

Air alkali terionisasi menyokong kesihatan organ dalam tubuh badan disamping mengekalkan kesihatan organ – organ tersebut. Ini disebabkan kebaikan air alkali terionisasi yang berfungsi untuk membuang radikal bebas dalam badan.


Memamnjangkan Usia

Kajian saintifik menunjukkan kelebihan air untuk menyokong kesihatan dan usia. Manfaat semulajadi air digalakkan dan dipertingkatkan oleh kealkaliannya. Kealkalian adalah suatu keadaan yang mana air berada dalam keadaan yang paling harmoni dengan manfaat kesihatan fisiologi.


Detoksifikasi

Air adalah pelarut semulajadi yang mana badan kita perlukan untuk membuang toksin dan bahan buangan dalam badan. Dengan potensi pengurangan pengoksidaan (oxidation-reduction potential – ORP) yang negatif dan rasa yang enak, anda akan dapat bayangkan air alkali terionisasi yang dihasilkan oleh EIonizer™ dapat membantu meneutralkan radikal bebas dan mengembalikan keperluan hidrasi badan.


Pembersihan Bebas Toksik

Sebilangan pengilang menggunakan mesin pencuci serbaguna yang menggunakan air berasid sahaja sebagai ajen pembersih. Sama juga dengan sistem kolam renang yang mula meggunakan air berasid terionisasi daripada menggunakan klorin yang membahayakan.


Kebersihan Diri

Air berasid yang popular di Asia sebagai “Air Kecantikan” adalah ajen pembersih luaran yang efektif untuk kegunaan peribadi.


Kehijauan Alam Semulajadi

Satu sebab mengapa air berasid digunakan oleh kebanyakan institusi hospital dan perkhidmatan penjagaan kecantikan adalah kerana ia tidak mencemarkan alam sekitar. Jika dibuang, air berasid akan cepat kembali kepada keadaan pH yang stabil. Air berasid bebas daripada fosfat dan bahan pencemar yang lain secara semulajadi. Oleh itu ianya menyelamatkan alam sekitar kita.

No comments:

Post a Comment