Apakah Air EIonizer™?
Air EIonizer™ ialah air yang dihasilkan
oleh mesin air EIonizer™ melalui teknologi pemprosesan air yang terunggul.
Mesin air ini buka sahaja menapis air paip, tetapi ia juga menghasilkan air
beralkali dan berasid terionisasi melalui proses elektrolisis. Air ini boleh
digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk minuman, masakan, kecantikan,
dan juga basuhan makanan atau pakaian.
Masalah Dengan Air Yang Biasa Digunakan
Air Paip
Air paip adalah pilihan minuman yang
lebih menyihatkan berbanding dengan minuman ringan. Tetapi merujuk kepada
Jabatan Alam Sekitar, terdapat lebih kurang 300 bahan pencemar yang terdapat
dalam air paip dan hamper separuh daripada bahan pencemar ini tidak dapat
disingkirkan dalam air paip dan ianya terdapat dalam air paip yang kita gunakan
untuk minum setiap hari!
Pada tahap pencemaran ini, ramai orang
mempertikaikan kualiti air paip dan bimbang adakah ianya selamat untuk diminum.
Berdasarkan kepada fakta inilah permintaan terhadap air sihat yang dihasilkan
oleh mesin air EIonizer™ semakin meningkat.
Air Botol
Air botol tidak semestinya lebih selamat
daripada air paip dan ianya juga memakan kos yang tinggi! Walaupun ianya
dikategorikan sebagai air selamat, air botol tidak semestinya terjamin lebih
selamat daripada air paip. Bezanya ialah air botol biasanya ditambah mineral
yang tidak terbukti memberi kebaikan dari segi kesihatan.
Satu kajian selama empat tahun oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa satu per tiga daripada air botol yang
diuji mengandungi tahap pencemaran yang melebihi tahap yang dibenarkan. Air
botol juga sedikit berasid yang mana boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH
dalam badan. Akhirnya, alam sekitar juga tercemar disebabkan penghasilan bahan
buangan daripada botol – botol plastik yang boleh membahayakan alam sekitar.
Air “Reverse Osmosis”
“Reverse Osmosis” adalah satu proses
penapisan yang mungkin berkesan di kawasan yang tidak menerima air yang dirawat
majlis perbandaran dan biasanya digunakan dalam kemudahan air botol. Masalah
dengan proses ini adalah bahawa bahan kimia berbahaya seperti racun perosak,
racun herba, dan klorin adalah molekul yang lebih kecil daripada air dan boleh bebas
melalui penapis. “Reverse Osmosis” membuang mineral semulajadi yang menyihatkan
di dalam air. Mineral ini bukan sahaja memberi rasa yang enak bahkan juga mempunyai
suatu fungsi penting dalam sistem badan. Apabila mineral ini tiada, air boleh
menjadi tidak sihat. Selain itu, dua hingga tiga gelen air dibazirkan untuk
setiap gelen air tulen yang dihasilkan.
Kelebihan Air EIonizer™
Penghidratan dan Kadar Penyerapan Air
Air alkali terionisasi adalah sumber penghidratan
sihat yang terbaik bukan hanya kerana rasanya yang menakjubkan dalam mulut
malah ianya juga sedia untuk diserap ke dalam badan. Ini meningkatkan kadar
penyerapan air dengan mengurangkan rasa kembung setelah minum air sebanyak
lapan gelas sehari seperti disarankan.
Kelompok Air halus
Kajian awal yang telah dijalankan
membuktikan satu fenomena yang dikenal pasti sebagai “pemecahan kelompok halus”
yang merujuk kepada molekul air paip yang besar dipecahkan menjadi kelompok
halus air alkali. Fenomena ini membolehkan sel – sel dalam tubuh badan kita
menyerap air tersebut dengan lebih mudah dan cepat.
Membuang Radikal Bebas
Air alkali terionisasi menyokong kesihatan
organ dalam tubuh badan disamping mengekalkan kesihatan organ – organ tersebut.
Ini disebabkan kebaikan air alkali terionisasi yang berfungsi untuk membuang
radikal bebas dalam badan.
Memamnjangkan Usia
Kajian saintifik menunjukkan kelebihan
air untuk menyokong kesihatan dan usia. Manfaat semulajadi air digalakkan dan
dipertingkatkan oleh kealkaliannya. Kealkalian adalah suatu keadaan yang mana
air berada dalam keadaan yang paling harmoni dengan manfaat kesihatan
fisiologi.
Detoksifikasi
Air adalah pelarut semulajadi yang mana
badan kita perlukan untuk membuang toksin dan bahan buangan dalam badan. Dengan
potensi pengurangan pengoksidaan (oxidation-reduction potential – ORP) yang negatif
dan rasa yang enak, anda akan dapat bayangkan air alkali terionisasi yang
dihasilkan oleh EIonizer™ dapat membantu meneutralkan radikal bebas dan
mengembalikan keperluan hidrasi badan.
Pembersihan Bebas Toksik
Sebilangan pengilang menggunakan mesin pencuci
serbaguna yang menggunakan air berasid sahaja sebagai ajen pembersih. Sama juga
dengan sistem kolam renang yang mula meggunakan air berasid terionisasi
daripada menggunakan klorin yang membahayakan.
Kebersihan Diri
Air berasid yang popular di Asia sebagai “Air
Kecantikan” adalah ajen pembersih luaran yang efektif untuk kegunaan peribadi.
Kehijauan Alam Semulajadi
Satu sebab mengapa air berasid digunakan
oleh kebanyakan institusi hospital dan perkhidmatan penjagaan kecantikan adalah
kerana ia tidak mencemarkan alam sekitar. Jika dibuang, air berasid akan cepat
kembali kepada keadaan pH yang stabil. Air berasid bebas daripada fosfat dan
bahan pencemar yang lain secara semulajadi. Oleh itu ianya menyelamatkan alam
sekitar kita.


